Friday, April 22, 2011

Sindiket Kuali Guru Besar...Part 2 (operation begin)

Cont From part 1...."aku nampak ade kuali kat belakang rumah guru besar tu".....so,semua senyap tanda faham dan setuju dengan apa yang dimaksudkan oleh beliau..maka,kami pun merancang pergerakan yang akan kami lakukan bagi menjayakan matlamat kami iaitu mendapatkan kuali secara percuma.Dikalangan kami ni pun bukan calang2 orangnya..macam si jamal,bukan dia tak kenal polis balai tlk sengat tu,taufik pulak bape kali kene buang sekolah sama2 dengan aku dulu,dan yang lain2..semua memberikan idea yang bernas dan mencabar sampai ada yang mencadangkan untuk kita lakukan operasi sebelum subuh hari..

            Sebenarnya yang tau rupa kuali tu cuma jamal sorang sebab dia memang selalu sangat menjalar ke belakang2 rumah orang.Aku pulak tak biasa sebab mak aku selalu marah kalo merayap2 tak tentu hala.Biasanya aku akan menganalisa setiap perancangan yang dibuat dan aku akan menjadi man behind the scene (dosa same jer)..route yang akan kami lalui dah kami tentukan..Haa..dari pondok depan pagar sekolah,sebab kawasan tu agak suram dan rumah2 guru lain yang kami akan lalu tu semua jenis yang lepas maghrib terus tutup pintu tingkap senyap dalam rumah,maklumlah pengantin baru kan..mestilah berusaha keras...tapi part nak tentukan masa,itu yang menjadi agak buntu..sebab majoriti mahukan ketika manusia lena di ulit mimpi...Tapi takkan semudah itu sebab malam kami akan pulang krumah dah tentu tak boleh keluar lagi..kalau rasa nak kene penampar dgn mak abah,silakan lah keluar...

Haaaa...bukan pondok ni.


            Aku pilih untuk lakukan ketika waktu maghrib dan agak2 jemaah di masjid hampir selesai solat maghrib..Kerana apa?..pertama,ketika itu orang tak ramai lalu lalang sebab segan merayap time maghrib,maklumlah kat kampung kan.,,Kedua nya,masa tu semua orang sibuk...mandi,siapkan anak mandi,nak solat dan tak hirau keadaan kat luar rumah pun..tu yg ramai anak dara kene sekodeng masa mandi time maghrib nih..(syhh...aku tak penah sekodeng tau)......

            Petang kejadian,pada jam 1800 hours semua pulang kerumah untuk bersiap2..dalam keadaan yang rapi,segak berbaju melayu bedak bersikat dan pasti minyak motor cub masing2 agak logik untuk menjalankan operasi...seperti biasa sebelum ke masjid (tak sampai pun sebenarnya) kami akan berkumpul dipondok sekolah..biasala..tenang2 rilek konon2 tunggu azan...ngorat2 awek kampung yang pusing2 naik moto..itu biasa..
Suddenly,huh speaking lak aku.....Allahuakbar...allahuakbar........masing2 terdiam..bukan sebab nak menghormati azan...tapi sebab terlupa siapa nak jadi tukang karut @ yang nak menerjah kebelakang rumah guru besar kami tuh....

Bukan masjid ni jugak


            Selesai saja azan....kami selesaikan perselisihan paham..(bengong gak,planning dah buat tapi org yang nak buat keja tu tak tau sape lagi).....as ussual,heroes come together laaa....sape lagi,mr jamal and mr. taufik (our heroes brother)..dua makhluk ni memang kadang2 boleh buat somethin yang tak masuk akal..haha...selang beberapa waktu kami dengar takbir yang pertama di masjid..."syhhhh..rilek..tunggu rakkat ketiga"...salah seorang bersuara...."ok ok jangan gelojoh".....................

Haa..yang ni pon bukan..tp lbh kurang.

              "ok NOW!"...dua orang bukak baju dan ikat di pinggang yang lain standby atas motor..yang lain ni pulak aku ingat2 lupe around 5 org semuanya berperanan sebagai logistik dan dummy kalau2 kantoi,..mesti lah tuan rumah konfius yang mana tukang karut nya..dipendekkan cerita selang beberapa saat dari jauh aku nampak sejenis makhluk bulat berkilat bergerak dengan laju...MAK BESARNYA KUALI NIH,CANTIK PULAK TUH....tanpa berlengah....terus naik belakang aku dan aku masuk gear satu...terus pecut.........to be continue.....

alamak,da maghrib..nak gi masjid dulu tapi bukan curik kuali ok...hahah see yaa.

1 comments:

nadira shahid April 27, 2011 at 4:10 PM  

berdebar-debar nk taw ending nih ;p

Shout


ShoutMix chat widget

Pageviews

Popular Posts

Followers

About This Blog

Blog List

"Figuring out in the first place what that characteristic is -- figuring out what the essential qualities are and what characteristics convey and capture them"

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP