Thursday, April 21, 2011

Sindiket Kuali Guru Besar...Part 1

             Hah...entry aku hari ini lain macam sikit laa..sebab masa on9 FB tadi,tiba2 kawan sekampung aku komen kat status aku..aku buat statement pasal sikap menipu..tak caya pi tgk kat here..Apis Manaf..kau mengingatkan aku pasal peristiwa kuali berdarah..hah..kau memang sungguh kurang..so,kat sini aku secara berbesar hati..nak membongkar secara keseluruhan sindiket Kuali Guru Besar.


Lebih kurang begini lah rupanya.
Bende ni terjadi lbh kurang 12 tahun yang lepas,pada tahun 1999 (lebih kurang tahun gerakan menggulingkan Anwar Ibrahim).Apa yang aku boleh katakan bende ni boleh dikategorikan di bawah akta jenayah terancang.Macam biasa setiap kali cuti sekolah aku,topek,mail,apo,jaki dan beberapa rakan yang berkepentingan bagi kami seperti jalak,farid dan adik2 yang lain akan merancang untuk membuat satu camp fire tertutup..setiap kali cuti kami semua akan merekabentuk satu jenis kemah menggunakan pelepah sawit dan dahan2 dari pelepah tu..sehingga kdg2 boleh didirikan sehingga 2 tingkat..so,kat sini lah kami akan melakukan aktiviti2 cuti sekolah di antaranya merokok tanpa pengetahuan ibu bapa,BBQ dan sebagai tempat melepak..kalau tgk kaw perkemahan nih,saling tak tumpah mcm tmpt komunis.

Dalam ramai2 ahli ni kami dah lantik,supplier burger dan sausage.ya,supplier ni akan mengambil bekalan tersebut dari fridge abah nyer secara senyap2..(curi la tuh)..dan bwk ke tapak perkemahan..Dan ada di antara anggota yang lain akan pergi memancing ikan di paya2 atau pergi menjerat ayam ( ayam org kampung yang bersiar2)..dan kami akan berkumpul untuk menikmati juadah tersebut.Juadah ini disediakan dengan kaedah panggang memanggang...so,moral of the story..kami berusaha untuk tidak menyusahkan ibu bapa kami dengan tidak pulang kerumah utk lunch dan tidak menghabiskan beras mereka.

Selang beberapa hari..kami merasa agak mual sebab hari2 masak pakai bakar jer..perut pon boring laa..tak boleh nak buat ape...so,meeting kecil pon dilakukan utk mencari solusi bagi  permasalahan ini...dalam meeting tuh..ada lak sorang mangkuk ayun nih ckp nak bawak KUALI..ok..done..meeting sempurna..So..tunggulah dari sehari ke sehari.HAmpes...die ckp mak die kata tak bole bwk sebab kuali tu pakai lagik..

Terpaksa lah..meeting dilakukan semula..sehingga ada seorang lagi mangkuk ayun mengeluarkan satu doktrin yang terpaksa kami setuju.."aku nampak macam ada kuali belakang rumah cikgu tu"....sekalian senyap tanpa berbicara...To be continue......


Lebih kurang gambaran lokasi



2 comments:

ain nadzirah April 22, 2011 at 10:23 AM  

eh boleh plak terhenti story nie.
hehe suspen2..

Indra Anim April 22, 2011 at 10:39 AM  

hahaha..sabo2...tenang jer.

Shout


ShoutMix chat widget

Pageviews

Popular Posts

Followers

About This Blog

Blog List

"Figuring out in the first place what that characteristic is -- figuring out what the essential qualities are and what characteristics convey and capture them"

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP